Pak Belalang
Sinopsis
Pada suatu hari, seorang juragn datnag ke negeri Raja Indera Maya . Beliau datang dari sebuah negeri ke negeri dengan membawa anak itik yang baharu sahaja menetas . Beliau meminta dikenalkan jantan betina anak-anak itik itu dengan hasratnya negeri Raja Indera Maya diserahkan kepadanya jikalau Raja gagal untuk kenalkan jantina anak itu itu . Tiga buah kapal si juragan akan diberikan kepada Raja Indera Maya kalau berjaya mengenalkan jantinanya. Raja Indera pun memanggil Ahlil Nujum Belalang untuk menolongnya . Setelah Ahlil Nujum Belalang mendengar titah baginda , dia termenung seketika . Pak Belalang meminta diberikan tempoh tiga hri untuk mencari jawapannya . Dua hari pun telah berlalu . Pada malam hari kedua itu, Pak Belalang berkayuh dekat-dekat kapal juragann untuk mendengar perkhabaran itik itu . Isteri Juragan bertanya kepada suaminya untuk bagaimana untuk mengenal pasti jantina anak itik itu . Juragan memberitahunya bahawa kalau kedua-dua itik itu dilepaskan di dalam terenang yang dipenuhi air , itik yang menyelam dahulu ialah betina . Pak Belalang sangatlah suka hati setelah mendengar percakapan suami isteri itu . Pada hari ketiga pula , Ahll Nujum Belalang berjumpa dengan juragan . Dia pun memberitahu juragan car-cara untuk mengenal pasti jantan betina itik itu . Juragan terperanjat lalu menyerahkan kapal-kapalnya kepada Raja Indera Maya . Juragan pulang dengan dukacita serta kesal mengkhabarkan rahsia itu kepada isterinya .
Tema
Tema dalam cerita ini ialah tentang mencari jalan keluar . Pak Belalang tidak terputus asa memikirkn tentang soaln si juragan . Walaupun tempohnya hendak tamat , di atetap berfikir bagi jawapannya . Ini membuat Raja Indera Maya tidak kehilangan negerinya dan Pak Belalang tidak dihukum .
Persoalan
a) Sifat meminta keampunan kepada Allah swt
Pak Belalang terus meminta ampun kepada Allah swt kerana telah berbohong kepada raja .
b)Kepentingan untuk mengatakan yang sebenarnya .
Pak Belalang kesal untuk tidak mengatakan yang sebenarnya kepada Raja Indera Maya . Oleh sebab itu , Raja Indera Maya memberikan tugas yang agak berat kepadanya kerana ini boleh membuat Pak Belaland dihukum .
c)Kesangkaan orang tidak mendengar rahsia kita .
Si Juragan memberitahu rahsianya kepada isterinya , menyangkakan tiada orang akan mendengarnya walaupun hari telah lewat malam . Kelakuannya ini telah membuat Pak Belalang tahu tentang rahsia dan membuatnya kehilangan tiga buah Kapal .
Latar
Tempat
Latar tempat berlakunya peristiwa dalam drama ini ialah di istana .
Masa
Masa berlakunya cerita ini pada zaman dahulu , waktu siang dan malam .
Masyarakat
Masyarat ini mengandungi dua bahagian . Bahagian pertama ialah orang-orang istana seperti Raja Indera Maya . Yang kedua ialah orang-orang yang kehidupannya sederhana seperti Pak Belalang .
Gaya Bahasa
a)Penggunaan kata Al-Guran .
Contoh: "Ya Allah , ya Rabbi, Ya Sayyidi, Ya Maula"
"Allah subhanahu wa taala"
b)Penggunaan bahasa istana .
Contoh : baginda , diduanda , patik .
c)Penggunaan bahasa yang lemah-lembut .
Contoh : " ...jika tuanku tiada terkenal anak itik itu jantan betinanya, harapkan diampun beribu-ribu ampun , negeri tuanku ini patil pohonkan supaya menjadi pilik patik.."
Pengajaran
a) Kita hendaklah tabah menghapi rintangan denga meminta tolong daripad Allah swt .
Walaupun Pak Belalang telah berbohong dan itu dosa terhadap Allah swt , dia tetap meminta tolong kepada yang Esa . Akhirnya , permintaannya terkabul .
b)Kita janganlah berbohong untuk mendapatkan nama .
Apabila Pak Belalang telah diminta oleh menolong Raja Indera Maya . Dalam hatinya , dia berbisik bahawa mengapakah dia berbohong dahulu .