sastera untukku

Monday, February 23, 2009

Ketika Kami Bercerita Tentangnya

Ketika kami bercerita tentangnya
bapa sedang tidur
aku cukup kenal
pada lelap matanya
tikar mengkuang lusuh itu
barangkali , tambah melenakan bapa .

[Beberapa orang anak sedang menceritakan tentang seseorang kepada ayahnya yang sedang tidur nyenyak. Anak-anak ayah ini cukup tahu yang ayahnya sedang tidur lena kerana kelihatannya , ayah sedang khusyuk tidur di atas tikar itu . Ayah pun tidak membuka mata-matanya . Ini bermakna bahawa ayah tidak peduli atau dengar dengan cerita yang diceritakan anak-anaknya.]

Tadi
lama sekali bapa menemani kami
mengisi malam-malam seperti selalunya
duduk mengelilingi pelita minyak tanah
yang kecill itu
semacam pahit dan getir pengalamannya
begitu akrab pula
dengan kami semua

[Sebelum ayah masuk tidur , mereka sekeluarga duduk mengelilingi pelita . Pada pendapat saya , ayah sedang bekongsi pengalaman pahitnay bersama anak-anaknya . Kepada anak-anaknya , itulah saat-saat mereka bersama seperti keluarga dan mengongsi pengalaman masisng-masing . Dengan cara ini , hubungan antara anak dan ayah akan lebih rapat dan sukar untuk direnggangkan .]

Tidak pernah kami menyoal
mengapa demikian
laut sejarahnya
kerana
seperti juga di hutan kehidupan ini
kami sedia memaklumi
akan ketentuan
yang harus digenggam

[Penulis tidak pernah menanyakan tentang sejarah kehidupan ayahnya walaupun sifat ingin tahu ada di dalam mereka . Ini kerana seperti kehidupan orang-orang lain , kehidupan tetap ada masa silam dan masa senangnya . Penulis memegang prinsip bahawa setiap manusia harus tabah untuk mengharungi segala cabaran .]

Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angin
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa yang selalu disebutnya:

semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu .

[Pelita itu dipadam oleh angin sedang mereka sedang menceritakan tentang ayahnya . Penulis benar-benar memahami bahawa lebih baik masa silam berlalu cepat daripada masa hadapan kita dimusnah kerana masa silam dijadikan pengajaran lalu masa hadapan haruslah digunakan dengan baik untuk dijadikan teladan .]





Tema
Sajak "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" ini mengemukakan tema kasih sayang penulis terhadap ayahnya .

Bentuk
Sajak ini mengandungi 5 rangkap mempunyai jumlah barisan yang berbeza , iaitu 6 baris bagi rangkap 1 dan 5 , 8 baris bagi rangkap 2 dan 3 serta 2 baris bafi rangkap 6 .


Metafora
Terdapat gaya bahasa metafora di dalam sajak ini . Seperti contoh , "ombak masa" dan " gelombang masa" . "Ombak masa" tidak wujud kerana "ombak" berdasar kepada air laut yang ditiup angin kencang manakala masa tidak boleh dilihati ramai .
"Gelombang masa " tidak wujud sama seperti "ombak masa" , kerana gelombang berdasarkan air di lautan juga .



Rima
Daripada sajak ini , penyair tidak mengekalkan peramaan bunyi pada setipa rangkap .
Daro aspek nadanya pula , sajak ini dapat dikatakan bernada melankolik . Seperti contoh ,
Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angin
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa yang selalu disebutnya:

semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu .


Nada ini amat sesuai dangan pernyataan perasan penyair , iaitu berhubung dengan kesayangan seorang anak kepada anak terhadap ayahnya yang telah menderita .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home