sastera untukku

Saturday, March 7, 2009

Anak Bumi Tercinta

Sinopsis

Cerita ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang mempunyai kebun anak terung . Pada suatu tengah hari , Seorang ibu dan anaknya , Matain sedang membuat sebuah peneduh anak terung kerana cuaca ketika itu sangat bahang . Matain merupakan anak bongsu dalam keluarga itu . Matain mempunyai seorang abanga (Abang Jali ) dan dua orang kakak ( Jarah dan Sitiawa ) . Sitiawa suka mengejek-ejek adiknya yang kurang pandai itu . Ejekkannya telah membuat mulutnya bengkak setelah batu dibaling oleh Matain . Emak lalu menampar Matain dari belakang . Nasib baik Matain kerana mempunyai Kak Janah yang menyanyanginya . Kak Jarah sering membeli oleh-oleh selepas tamat sekolah . Matain memaki Sitiawa setelah diejeiknya . Malangnya , Emak kedengaran maki-makian itu lalu memarahi Matain . Matain sedih . Dia pun ke kebun anak terungnya dan membuat penuduh anak terung bersendirian kerana Emak tidak tolong membuatnya . Selepas itu , dia ke telaga untuk mengarai tali timba . Tiba-tiba , dia terjatuh ke dalam telaga . Emak terdangar timba jatuh lalu menyuruh Kak Janah pergi lihat . Cemas , Kak JaRah memanggil ibu untuk menolongnya menarik timba yang berat itu . Mereka berdua terjumpa kaki kecil yang membuat telaga itu melekat . Apa lagi , Kak Jarah memanggil seluruh penduduk kampung untuk menolongnya . Mereka terjumpa Matain di dalam telaga itu dan tidak dapat menyelamatkannya .


Tema
Tema cerpen ini ialah kehidupan seseorang dalam sebuah keluarga itu berbeza. Matain selau diejak oleh Sitiawa dan dimarahi oleh ibunya. Matain bersyukur mendapat Kak Jarah yang memberinya prihatin . Walaupun ibunya belah kasihan , Matain tetap tidak , membantah kata-kata ibunya tetapi kejadian ini semua memmbuat Matain mati akibta terjatuh dalam telaga .

Persoalan
a)Anak yang malang

Mataian tidak diberi kasih sayang sepenuhnya daripada ibunya dan Sitiawa . Apayang dia inginkan oleh mereka berdua selalu tidak dapat . Matain cuma rapat dengan Kak Jarah . Di rumah , Matain menjadi bahan marahan dan ejekan ibu dan Sitiawa .


b)Kasih sayang yang tidak mencukupi

Ibu selalu menyebelahi Sitiawa dan selalu memarahi Matain tanpa menyelidiki perkara yang sebenarnya .

c)Jangan asyik mengadu atas perkara kecil .

Sitiawa asyik-asyik mengadu kepada ibunya dan melibatkan Matain dimarahi walaupun Matain tidak bersalah .



Perwatakan

Matain : Dia seorang anak kecil yang nakal dan sukar mendengar kata-kata orang . Dia juga seseorang yang akan lawan untuk mendapat haknya .Matain tabah apabila dimarahi oleh ibunya .

Kak Jarah : Dia seorang kakak yang sangat menyayangi adiknya , Matain . Dia juga akan menyebelahi Matain apabila adiknya itu dimarahi .

Mak Cik Esah : Dia ialah seorang ibu yang gemar belah kasih sayang terhadap Matain dan Sitiawa .

Latar

Cerpen ini mengisahkan pada zaman dahulu , di kampung , di mana terdapat kebun anak terung . Masyarakat di sekeliling tempat itu boleh dikatakan bergotong-royong kerana terdapat segolongan penduduk yang menolong Mak Cik Esah apabila Matain jatuh ke dalam telaga . Perkara ini berlaku pada waktu tengah hari kerana cuaca pada hari itu agak bahang .


Gaya Bahasa

a)Cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa bercerita . Contohnya:
Segala-galanya bermula pada satu tengah hari yang panas dan kering . Rumput-rumput layu dan keperangan.

b)Penulis ada juga menggunakan gaya bahasa dialog pasar . Contohnya :
"Ada pacat mak!"
"Mandi , nanti kena pacat pulak"


c)Terdapat penggunaan ayat-ayat pendek . Contohnya :
Sudah .
Tidak ada .




Pengajaran
a) Jangan sesekali menunjuk-nunjuk apa yang kita ada kepada yang lain kerana ini boleh melibatkan pergaduhan antara dua pihal .

b)Kita hendaklah bersabar dengan kelakuan adik-beradik kita walaupun mereka selalu berdengki tergapad kita kerana air dioncencang tiada putus .

c) Kita tidak boleh mempunyai fikiran yang negatif setelah dimarahi oleh darah daging kita sendiri kerana kata-kata marah mereka menandakan bahawa mereka sayang kita .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home