sastera untukku

Friday, March 20, 2009

Adik Berjasa.

Sinopsis

Babak satu.
Ahmad dan Pak Kamis(ayahnya) sedang membicarakan tentang masalah yang mereka sedang hadapi . Ahmad telah bercadang untuk bekerja di kalang dan berhenti bersekolah . Pak Kamis keberatan untuk membiarkan Ahmad bekerja semata-mata untul mencaro wang bagi membiayai yuran persekolhan kedua-dua adiknya , Murad dan Midah . Walaupun Ahmad berhenti sekolha , dia tetap akan menghadiri kelas malam . Murad ialah seorang pengakap di sekolahnya dan Midah ialah kapten bagi pasukan bola jaring . Murad tidak membenarkan abangnya berhenti sekolah .

Babak dua
Murad bersama dua rakannya , Hassan dan Nazim , sedang berbincang bagaimana hendak mencari wang tanpa Ahmad berhenti sekolah . Murad mengambil surat khabar dan bercadang untuk menolong seorang anak jutawan . Hadiahnya ialah seratus ribu ringgit . Hassan teragu-ragu untuk mengikuti rancangan Murad iaitu pergi ke hutan untuk menyiasat tetapi Nazim memberi sokongan kepada Murad . Mereka bertiga akan pergi ke hutan untuk menyiasat tempat sembunyi penculik-penculik .

Babak tiga
Murad , Nizam dan Hassan sedang berkhemah bersama-sama ahli-ahli pengakap . Mereka bertiga telah pun menyiasat di hutan tetapi tidak jumpa apa-apa . Nazim setakat terjumpa sebuah gua .Mereka prasangka bahawa gua itu ialah tempat mereka bersembunyi . Hassan bercadang intuk cuba masuk atau mendekati gua itu tetapi mereka bertiga tidak ada masa lagi untuk membuat sedemikian . Mereka bercadang untuk mendekati gua tersebut keesokan harinya .

Babak empat
Pada keesokan hari , Murad , Nazim dan Hassan mendekati gua . Mereka kelihatan hilang . Nazim ternampak ada orang di dalma gua tersebut . Murad bercadang untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik itu . Mereka tidak perlu bantuan pihak polis untuk membuat sedemikian . Mereka bertiga pun ke gua tersebut untuk mencari cara masuk ke dalam gua . Di pintu gua itu ada seorang pengawal siap sedia dengan senjata . Apabila mereka ingin berehat , dua orang penjahat sedang berdiri gagah di belakang mereka . Mereka cuba melarikan diri tetapi cuma Murad sahaja berjaya melarikan diri manakala hassan dan Nazim ditangkap .

Babak lima
Murad menceritakan peristiwa tadi kepada Pak Kamis dan Ahmad . Ahmad menasihat murad untuk melaporkan kepada pihak polis . Murad belum putus asa dan ingin menyelamatkan Hassan dan Nazim pada waktu malam . Murad juga memberitahu tujuan sebenarnya sebalik menyelamat anak jutawan itu . Ahmad terperanjat . Diapin memberikan pertolongan .

Babak enam
Ahmad dan Murad memerheatikan gua itu dan jauh . Murad pergi masuk ke gua itu daripada bahagian kiri . Di dalam gua itu , Penjahat 1 membangunkan anak jutawan , Hassan dan dan Nazim . Dia menyuruh mereka tidur di atas guni . Dia sedang menunggu orabg tua tua mereka bertiga . Dia dan temannya lalu pergi dari tempat itu . Murad pun cepat-cepat masuk ke dalma gua itu untuk melepaskan Hassan , Nazim dan anak jutawan . Penjahat 1 dan 2 mencari mereka setelah diketahui bahawa orang tawanaa mereka hilang .

Babak tujuh
Murad , Ahmad , Hassan dan anak jutawan sedang berehat pada suatu kawasan hutan . Murad dan Ahmad berkawal . Tiba-tiba , Jutawan tiba dengan wang tebusan . Penjahat 1 menyuruh Jutawan menyerahkan wang tersebut tetapi Jutawan enggan memberinya . Jutawan mahu berjumpa dengan anaknya dahulu . Penjahat 1 dan 2 tidak akan membawa anaknya ke mari . Jutawan terperanjat dan menyuruh mereka membunuh anak jutawan . Dia pun memberikan wang yang banyak itu lalu mengeluarkan pistol dari beg itu . Jutawan membuka tompeng di mukanya . Dia memberitahu kedua-dua penjahat itu bahawa dia seorang polis . Murad keluar dari tempat sembunyinya dan memberitahu kepada penjahat-penjahat itu bahawa dialah yang memberitahu pihak polis . Kedua-dua penjahat itu ditangkap dan dibawa ke balai polis . Murad diberikan hadiah sebanyak seratus ribu ringgit . Ahmad gembira lalu memeluk Murad.


Persoalan
a)Sifat saling bantu-membantu di dalam sebuah keluarag akan memuudahkan masalah yang kita hadapi .
Murad bersifat ingin membantu keluarhanya . Walaupun dia masih bersekolah , dia tetap memberanikan diri untuk membuat keluarganya dengan hadiah diterima berjumlah seratus ribu ringgit .

b)Jangan cepat berputus asa walaupun pada mulanya kita kalah .
Murad tetap berjuang untuk menyelamatkan anak jutawan walaupun penjahta-penjahat sudah tahu bahawa tujuan Murad ke hutan . Murad dan ahmad ke hutan lagi untuk menyelamatkan anak jutawan , Hassan dan Nazim walaupun risikonya amat berbahaya .

c)Kesanggupan berkorban demi keluarga .
Ahmad sanggup berhenti sekolah semat-mata untuk menanggung keluarganya . Dia juga sanggup menghadiri kelas malam selepas bekerja di kilang .

Perwatakan
Murad
a) Dia seorang ketua pengakao .
b) Seorang yang tidak sangguo melihat abangnya berhenti sekolah ,
c) Dia bersemangat untuk melakukan apa yang telah dicadangkan .

Ahmad
a) Abang kepada tiga beraddik .
b) Seorang yang sanggup mengorbankan pelajaran demi menolong keluarga .

Pak Kamis
a) Seorang ayah kepada tiga orang anak .
b) Dia amat menyayangi anak-anaknya .


Latar

Latar Tempat
Latar tempat berlakunya peristiwa dalam drama ini ialah di rumah , di hutan dan di gua .

Latar Masa
Masa berlakunya cerita ini ialah pada waktu siang , petang dan malam .

Latar Masyarakat
a) Masyarakat yang tidak melupakan rakan-rakannya yang telah membantu .
Contohnya , Murad tetap tidak lupa untuk menyelamatkan hassan dan nazim yang telah menolongnya untuk mencari tempat sembunyi si penculik-penculik .

b) Masyarakat yang menyayangi antara satu sama lain .
Contohnya , Pak Kamis menunjukkan kasih sayang terhadap Ahmad dengan menasihatkannya jangan berhenti sekolah . Ahmad menunjukkan kasih sayang terhadap adiknya Murad dengan menolong melepaskan anak jutawan .


Gaya Bahasa

a) Dialog dalam drama ini panjang . Contohnya :
Murad: Eh...eh...abang tak boleh buat macam tu! Abang mesti sekolah!
Ahmad: Abang tahu, tapi apa nak buat! Kita tak ada wang . Ayah sudah tak boleh kerja .
Murad: jadi , abang memang sudah berhenti sekolah ?

b)Pengguaan sinkope sesuai dengan gaya bahasa lisan . Contohnya:
kau, tak, nak, dah, tu , ya , bang , mak.

c)Repitisi, Contohnya :
Murad: Maksud ayah...maksud ayah macam mana?


Pengajaran

a)Kita hendaklah memikirkan risiko jika inginmembuat sesuatu yang berbahaya . Contohnya , hassan dan nazim ditangkap apabila mendekati gua itu.

b)Kita hendaklah mempunyai sikap yang positif .
Contohnya , Murad tetap ingin menyelamatkan anak jutawan itu walaupun dilarangoleh Hassan . Dia percaya bahawa dia boleh menyelamatakannya dan akhirnya , dia berjaya juga .

c)Kita hendaklah sentiasa bersama keluarga dalam masa yang susah .
Contohnya , keluarga Pak Kasim tetap bersatu walaupun keadaan mereka susah . Mereka menghadapi masalah ini sebagai satu keluarga . Tiada sesiapa pun mengangkat kaki keluar dari masalh ini .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home