sastera untukku

Saturday, February 28, 2009

Usia

Telah kususun letakmu
di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu .

[Penulis telah meletakkan sesuatu dengan perasaan tenang . Penulis juga melupakan perkara lepas dan melihat kepada masa hadapannya . ]

Atas kecintaan diri
hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu

[Dengan menyayangi dan melindungi diri , kita boleh jadi dewasa dalam segi mental ataupun fizikal . Kita haruslah berhati-hati apabila membuat sesuatu perkara kerana apapun kejadian yang akan berlaku , susah juga untuk kembali ke pangkal jalan .]

Tanpa keizinan-Mu
pagi tadi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu .

[ Kita tidak diberikan peluang untuk terus hidup kerana Tuhan telah menetapkan bila kita akan mati . Kita tidaklah boleh menentukan kehidupan kita sendiri sepenuhnya kerana Tuhan ada kuasa untuk segala-galanya. ] .



Tema
Sajak "Usia" ini mengemukakan tema kehidupan seseorang di dunia ini.


Bentuk
Sajak ini mengandungi 3 rangkap mempunyai jumlah barisan yang berbeza , iaitu 68baris bagi rangkap 1 , 7 baris bagi rangkap 2 dan 5 baris bagi rangkap 3 .


Metafora
Terdapat gaya bahasa metafora di dalam sajak ini . Seperti contoh 'kristal padu'.
'Kristal padu' tidak wujud kerana kristal ialah seperti intan , yang mempunyai pelbagai warna , nama dan bentuk . Tetapi , 'kristal padu' bukanlah antara nama yang diteteapkan untuk kristal .


Rima
Daripada sajak ini , penyair tidak mengekalkan persamaan bunyi pada setipa rangkap . Dari aspek nadanya pula , sajak ini dapat dikatakan bernada melankolik . Seperti contoh ,
Tanpa keizinan-Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu



Nada ini amat sesuai dangan pernyataan perasan penyair , kehidupan di dunia ini semua telah ditetapkan oleh Tuhan , tiada sesiapa yang boleh membantahnya .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home