sastera untukku

Saturday, February 28, 2009

Usia

Telah kususun letakmu
di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu .

[Penulis telah meletakkan sesuatu dengan perasaan tenang . Penulis juga melupakan perkara lepas dan melihat kepada masa hadapannya . ]

Atas kecintaan diri
hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu

[Dengan menyayangi dan melindungi diri , kita boleh jadi dewasa dalam segi mental ataupun fizikal . Kita haruslah berhati-hati apabila membuat sesuatu perkara kerana apapun kejadian yang akan berlaku , susah juga untuk kembali ke pangkal jalan .]

Tanpa keizinan-Mu
pagi tadi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu .

[ Kita tidak diberikan peluang untuk terus hidup kerana Tuhan telah menetapkan bila kita akan mati . Kita tidaklah boleh menentukan kehidupan kita sendiri sepenuhnya kerana Tuhan ada kuasa untuk segala-galanya. ] .



Tema
Sajak "Usia" ini mengemukakan tema kehidupan seseorang di dunia ini.


Bentuk
Sajak ini mengandungi 3 rangkap mempunyai jumlah barisan yang berbeza , iaitu 68baris bagi rangkap 1 , 7 baris bagi rangkap 2 dan 5 baris bagi rangkap 3 .


Metafora
Terdapat gaya bahasa metafora di dalam sajak ini . Seperti contoh 'kristal padu'.
'Kristal padu' tidak wujud kerana kristal ialah seperti intan , yang mempunyai pelbagai warna , nama dan bentuk . Tetapi , 'kristal padu' bukanlah antara nama yang diteteapkan untuk kristal .


Rima
Daripada sajak ini , penyair tidak mengekalkan persamaan bunyi pada setipa rangkap . Dari aspek nadanya pula , sajak ini dapat dikatakan bernada melankolik . Seperti contoh ,
Tanpa keizinan-Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu



Nada ini amat sesuai dangan pernyataan perasan penyair , kehidupan di dunia ini semua telah ditetapkan oleh Tuhan , tiada sesiapa yang boleh membantahnya .

Monday, February 23, 2009

Ketika Kami Bercerita Tentangnya

Ketika kami bercerita tentangnya
bapa sedang tidur
aku cukup kenal
pada lelap matanya
tikar mengkuang lusuh itu
barangkali , tambah melenakan bapa .

[Beberapa orang anak sedang menceritakan tentang seseorang kepada ayahnya yang sedang tidur nyenyak. Anak-anak ayah ini cukup tahu yang ayahnya sedang tidur lena kerana kelihatannya , ayah sedang khusyuk tidur di atas tikar itu . Ayah pun tidak membuka mata-matanya . Ini bermakna bahawa ayah tidak peduli atau dengar dengan cerita yang diceritakan anak-anaknya.]

Tadi
lama sekali bapa menemani kami
mengisi malam-malam seperti selalunya
duduk mengelilingi pelita minyak tanah
yang kecill itu
semacam pahit dan getir pengalamannya
begitu akrab pula
dengan kami semua

[Sebelum ayah masuk tidur , mereka sekeluarga duduk mengelilingi pelita . Pada pendapat saya , ayah sedang bekongsi pengalaman pahitnay bersama anak-anaknya . Kepada anak-anaknya , itulah saat-saat mereka bersama seperti keluarga dan mengongsi pengalaman masisng-masing . Dengan cara ini , hubungan antara anak dan ayah akan lebih rapat dan sukar untuk direnggangkan .]

Tidak pernah kami menyoal
mengapa demikian
laut sejarahnya
kerana
seperti juga di hutan kehidupan ini
kami sedia memaklumi
akan ketentuan
yang harus digenggam

[Penulis tidak pernah menanyakan tentang sejarah kehidupan ayahnya walaupun sifat ingin tahu ada di dalam mereka . Ini kerana seperti kehidupan orang-orang lain , kehidupan tetap ada masa silam dan masa senangnya . Penulis memegang prinsip bahawa setiap manusia harus tabah untuk mengharungi segala cabaran .]

Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angin
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa yang selalu disebutnya:

semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu .

[Pelita itu dipadam oleh angin sedang mereka sedang menceritakan tentang ayahnya . Penulis benar-benar memahami bahawa lebih baik masa silam berlalu cepat daripada masa hadapan kita dimusnah kerana masa silam dijadikan pengajaran lalu masa hadapan haruslah digunakan dengan baik untuk dijadikan teladan .]





Tema
Sajak "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" ini mengemukakan tema kasih sayang penulis terhadap ayahnya .

Bentuk
Sajak ini mengandungi 5 rangkap mempunyai jumlah barisan yang berbeza , iaitu 6 baris bagi rangkap 1 dan 5 , 8 baris bagi rangkap 2 dan 3 serta 2 baris bafi rangkap 6 .


Metafora
Terdapat gaya bahasa metafora di dalam sajak ini . Seperti contoh , "ombak masa" dan " gelombang masa" . "Ombak masa" tidak wujud kerana "ombak" berdasar kepada air laut yang ditiup angin kencang manakala masa tidak boleh dilihati ramai .
"Gelombang masa " tidak wujud sama seperti "ombak masa" , kerana gelombang berdasarkan air di lautan juga .



Rima
Daripada sajak ini , penyair tidak mengekalkan peramaan bunyi pada setipa rangkap .
Daro aspek nadanya pula , sajak ini dapat dikatakan bernada melankolik . Seperti contoh ,
Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angin
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa yang selalu disebutnya:

semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu .


Nada ini amat sesuai dangan pernyataan perasan penyair , iaitu berhubung dengan kesayangan seorang anak kepada anak terhadap ayahnya yang telah menderita .

Wednesday, February 18, 2009

SAYANG.AYAH!

Angamah-ialah-seorang-pelajar-pintar-di-kelasnya-kini-terdiam-diri-apabila-disuruh-menulis-karangan-bertajuk-'Saya-Sayang-Ayah".Angamah-tidak-tahu-apa-yang-dia-harus-tulis-tentang-ayahnya-setelah-apa-yang-dilakukan-ayahnya-terhadap-Angamah.Mempunyai-ayah-yang-kejam-sudah-amat-menderita-terhadap-Angamah-tetapi-ibunya-pun-menderanya.Apabila-Cikgu-Bustam-ingin-membicarakan-masalah-Angamah-kepada-ketua-sekolah`-perkara-buruk-menimpa-ayahnya.Walaupun-Angamah-sering-didera-seburuk-buruknya-dia-tetap-menyayangi-ayah-tirinya-itu.





PERWATAKAN:

(Angamah)
Angamah-seorang-pelajar-yang-tabah-menghadapi-semua-derita.Dia-tidak-pernah-membantah-orang-tuanya-walaupun-mereka-sering-bertengkar.

(Ayah)
Ayah-ialah-seorang-yang-cepat-marah-kerana-minum-terlalu-banyak-arak.Dia-juga-menyebelahi-kasih-terhadap-Angamah.Dia-membuat-Angamah-seperti-babu-yang-sering-didera-oleh-majikannya.

(Cikgu-Bustam)
Guru-ini-ialah-seorang-guru-yang-baik-hati-.Dia-mempunyai-sikap-ingin-tahu-tentang-masalah-Angamah.Ciku-Bustam-ambil-kisah-terhadap-anak-muridnya-itu.
Walapun-dia-tidak-tahu-perkara-sebenarnya-yang-berlaku-dia-tetap-memberikan-Angamah-nasihat.

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

http://www.homeolibrary.com/alternative/Motiv_Sajak/INDEX.HTM


Saya-memilih-sajak-ini-kerana-sajak-ini-memberikan-saya-motivasi-untuk-membuat-sesuatu-yang-sukar-saya-lakukan.Mempunyai-azam-yang-kuat-haruslah-saya-capai-kerana-daripada-capaian-tersebut-saya-boleh-tahu-bahawa-dengan-bekerja-keras-semua-kerja-di-dunia-ini-boleh-dilakukannya.
Saya-selalu-mempunyai-pemikiran-bahawa-saya-tidak-boleh-lakukan-tugasan-yang-susah.Saya-sering-berputus-asa.
Sajak-ini-memberikan-saya-semangat-untuk-menukar-cara-pemikiran-saya.